Monday 25 April 2011

BLOGSPOT KELI SAYONG

Terima kasih kepada follower kami.. Dalam tempoh hampir dua tahun ini pihak syarikat telah mengalami banyak perubahan yang telah mengajar kami tentang kepayahan, penat lelah serta getir dalam mengharungi cabaran umtuk menjadi salah satu syarikat bumiputra yang berdaya maju dalam bidang pertanian : agrokultur mahupun akuakultur.
Tempoh tersebut merupakan masa di mana banyak perkara baru dipelajari di samping berkongsi ilmu dengan mereka yang lebih pakar serta menimba lebih banyak ilmu bagi memantapkan diri serta syarikat agar lebih berdaya saing.
Bagi memudahkan follower mengikuti perkembangan kami di mana kami telah memperkembangkan lagi sayap syarikat ke bidang yang lebih luas selain penternakan keli maka terhasil lah blogspot KELI @ KLEDANG ini. Nama KELI dikekalkan kerana ia masih merupakan core business kami dan nama KLEDANG  di tambah sebagai memperkenalkan nama syarikat.
Adalah diharapkan dengan kewujudan blogspot ini dapat memberikan manfaat, ilmu, dorongan serta panduan kepada syarikat  serta mereka yang ingin menceburi perniagaan berunsurkan pertanian ini..

No comments:

Post a Comment